Saturday, 20 October 2012

Hurmm..


“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta
makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,
tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat
telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga,
apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk
padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah
ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering
dilakukan ketika percintaan.”

Friday, 19 October 2012

Kusimpan Namanya di Sudut Hati


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Betul.
Saya memang cemburu.
Cemburu melihat awak sangat rapat dengan Dia.
Cemburu awak banyak menghabiskan masa mengingati Dia.
Cemburu melihat awak selalu mengalunkan irama mengikuti rentak Dia.
Cemburu apabila awak sedang bahagia dengan cinta si Dia.

Sedangkan saya??
Saya banyak menghabiskan masa dengan perkara sia2.
Saya masih lagi menyanyikan lagu pelbagai budaya.
Dan paling ketara saya masih mencari2 cinta hamba si Dia.
Alangkah hina nya diri saya.

Semoga awak yang membaca bukan seperti saya :’(



SeNyUm ^_^

Hidup bagaikan melihat cermin.. Setiap kali kita HULURKAN SENYUMAN, setiap kali itu juga DIBALAS..

P/s: SENYUMLAH SEIKHLASNYA..Andai tidak menjadi UBAT pada KELUKAAN di dalam HATI sendiri, mungkin senyuman itu mampu menjadi PENAWAR pada KESAKITAN yang melanda HATI insan lain