“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana
Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan
daripada Pencipta
makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya
dah betul dan jelas,
tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
Pertama, apabila solat
telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak
dikebumikan. Dan ketiga,
apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau
dilambatkan, buruk
padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri –
ciri cinta kerana Allah
ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat
hati yang sering
dilakukan ketika percintaan.”

No comments:
Post a Comment